Menang contest blogger PSan!

Hai semua, lama tak nampak korang, jengok-jengok la sikit blog ni tolong sapu-sapu habuk kat sini. Dah hampir sebulan Amar tak update blog. Actually selalu je bukak blog baca-baca and jalan-jalan blog lain tapi nak menulis tu rasa macam susah sikit. Pelbagai faktor yang mempengaruhi mood Amar untuk menulis tapi Alhamdulillah dapat jugak jumpa korang kali ni. I miss u alls 😘


So seperti korang baca kat tajuk tu, Amar nak ucap beribu-ribu-ribu-ribu terima kasih kat blogger PSan/plain83/throughmyglasseskacamata (sori tak tahu nak panggil mana satu 😭😭😭,banyak sangat nama) sebab pilih Amar sebagai pemenang bagi kontest yang dianjurkan oleh beliau (kata ganti nama apa eh yang sesuai, kalau letak 'dia' macam tak sedap bunyi pulak) baru-baru ini.

Selepas selesai sesi berbalas emel untuk menuntut hadiah tersebut, akhirnya hadiah tersebut berjaya sampai ke pintu kerumah dengan keadaan yang selamat. Terima kasih juga diucapkan kepada abang posmen yang gigih berkerja untuk menghantar bungkusan dan turut disertakan terima kasih kepada pihak Creative United kerana berjaya membuka semula kilang untuk menghasilkan beg tersebut.


First impression pasal beg ni, saiznya tak sama macam totebag biasa. Maksud Amar, Amar terbiasa dengan totebag yang memanjang tapi totebag ni sedikit melebar dan Amar suka konsep totebag yang lebar sebab lagi mudah nak cari barang kat dalam tu. Kalau totebag memanjang susah nak korek kalau barangan kecik jatuh kat bahagian bawah beg lagi-lagi bila totebag padat, habis kena keluarkan semua barang.

Saiz kompartment juga boleh dikatakan agak luas dan muat untuk letak banyak barang which is sesuai untuk pelbagai kegunaan. Seperti biasa, Amar akan carry laptop, buku nota, pencilbox dan masih ada banyak ruang kosong kat dalam beg tersebut tanpa beg tersebut nampak besar. Strapnya juga terasa kukuh di bahu membuatkan Amar yakin untuk meletakkan barangan seperti laptop.

Selain material beg yang lembut, apa yang paling menarik pasal beg ni merupakkan designnya. Amar sangat tak sangka illustrasi beg tersebut berada di kedua-dua belah bahagian beg menjadikan tiada cara yang salah untuk memakai beg tersebut. Kualiti pencetakan yang bagus menyebabkan beg tersebut kelihatan lebih lawa di dunia nyata.


Sejujurnya, Amar tak sabar nak habis pkpb untuk guna beg ni buat pergi kelas, library dan sebagainya. Even kat rumah pun kadang-kadang Amar guna buat angkut barang dari bilik tidur ke ruang tamu sebab Amar suka study kat ruang tamu.

Kalau korang juga berminat dengan beg ni, boleh lah singgah ke laman Creative United PSan sebab kat sana ada banyak lagi design-design kreatif dan menarik yang dihasilkan oleh PSan sendiri!


Sekian sahaja untuk kali ni, Amar harap korang sentiasa selamat, cuci tangan, pakai mask dan semoga kita berjumpa lagi diposting seterusnya. Jangan lupa untuk follow blog ni, like facebook Amar dan tinggalkan jejak korang untuk Amar datang melawat.
Menang contest blogger PSan! Menang contest blogger PSan! Reviewed by Amar Razali on Mei 18, 2020 Rating: 5

18 ulasan:

  1. Wah awak menang giveaway plain83 tu ye. Eh akak dah cuba resipi sambal penyet tu. Tq kongsi. BTW anak dah follow balik blog ni. Follower #151 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you sebab datang blog ni and cuba resepi sambal penyet Amar. appreciate it alot 🥰

      Padam
  2. wowww congratulations ! haritu sempat bookmark je GA ni.. last-last tak sempat pun nak join heh

    BalasPadam
    Balasan
    1. trimas!! nanti ade GA lagi kita join sama2 k 😉

      Padam
  3. Alamak, tadi sis dah komen tapi bila tekan publish, macam ada masalah je. My instinct tells me that the previous comment got lost somewhere in cyberspace so here's my second attempt. Hahah...

    Uwaaah thanks for the positive review! Terharu dan gembira betul sis membacanya~ (*°▽°*)

    Hehee, nak panggil sis ni 'PSan' boleh, 'Plain' pun boleh, 'P' aje pun boleh. Sis okay jer~

    Sama-sama dan terima kasih kembali. All the best in your studies! 4 flat dalam tangan~ (๑•̀ㅂ•́)و✧

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks sis PSan, i having a blast by entering your contest. Nanti ade rezeki sis buat la lagi and Amar akan join

      Padam
  4. you're so lucky! congratulations.

    lawa beg tu. i like.

    BalasPadam
  5. datang bawak vacuum ni sedut habuk. hahaha. wahh beg jenis macam tu best tu, macam2 boleh sumbat. tahniah menang~

    BalasPadam
  6. Tahniah amar! .cntik beg.. dlu adik ipar ade bg beg cmni.. suke sgt pakai..

    BalasPadam
  7. congratulations and selamat hari raya.

    BalasPadam
  8. Congrats on the winning! Selamat Hari Raya!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..... Tahniah awak!!! SElamat Hari Raya!! boleh laa melaram dengan hadiah tu. =D

    BalasPadam
  10. nice beg nya dan sesuai untuk amar...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.