Hai semua, kali ini Amar akan berkongsi dengan kalian resepi untuk memasak spaghetti Aglio olio. Sebenarnya resepi Aglio Olio ini sangat mudah untuk dimasak kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak. Untuk pengetahuan anda semua, Spaghetti Aglio e Olio ini merupakan makanan tradisional orang Itali daripada Naples. Dalam bahasa Itali, 'aglio' membawa maksud 'bawang putih', 'e' bermaksud 'dan', dan 'olio' pula membawa maksud 'minyak' iaitu minyak olive oil yang digunakan dalam masakan tersebut. Maksudnya kedua-dua bahan tersebut merupakan ramuan utama dalam masakan ni. Tanpa melengahkan masa, jom kita masak spageti bawang putih dan minyak ni.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
p/s: Terima kasih untuk kak no kerana berkongsi resepi yang lazat ni.
Bahan-bahan:
- Spaghetti (1 bungkus)
- Bawang putih (4-6 ulas)
- Lada
- Olive oil
- Parsley
- Garam
- Dried chili flake (optional)
- Lauk pauk kesukaan anda (optional)
- Lada bengala (optional)
- Mixed herb (optional)
- Lada hitam (optional)
Cara memasak:
- Masak spaghetti dengan menambah sedikit minyak dan garam supaya ia masak dengan glossy dan tidak melekat pada periuk. Pastikan spaghetti masak secara al dente (kenyal) iaitu tidak terlalu berair dan tidak juga terlalu keras. Jangan lupa untuk simpan satu cawan air rebusan pasta incase pasta yang anda masak terlalu kering.
- Hiris halus bawang putih, cincang daun parsley, potong lada dan juga lauk pauk. Pastikan lauk pauk dipotong tidak terlalu besar untuk mengelakkannya lambat masak.
- Sebelum menghidupkan api, letak 4 sudu olive oil kedalam kuali. Nak letak lebih pun tiada masalah, kalau anda tak kisah berminyak. Lagipun olive oil mempunyai banyak khasiat.
- Tanpa menunggu minyak panas, masukkan bawang putih, lada dan chili flakes. Pastikan langkah ini dilakukan dengan betul agar rasa bawang itu betul-betul menyerap kedalam olive oil. Pastikan bawang putih tidak hangus untuk mengelakkan rasa pahit.
- Kemudian masukkan lauk pauk seperti ayam, udang dan lain-lain, tak letak lauk pun tiada masalah. Masukkan juga lada bengala dan masak bersama lauk pauk tersebut. Tambah mixed herb untuk bau yang lebih sedap, akan tetapi original Itali punya tak letak pun.
- Letak spageti yang telah dimasak tadi dan gaulkan , jika masakkan anda kelihatan terlalu kering, tambah sedikit air rebusan spageti.
- Masukkan daun parsley kedalam masakan anda. Jika anda suka pedas, tambahkan lada hitam dalam spageti tersebut.
- Perisakan dengan garam secukup rasa.
- Spaghetti sudah siap dimasak dan boleh dihidang.
p/s: Terima kasih untuk kak no kerana berkongsi resepi yang lazat ni.
Resepi Spaghetti Aglio e Olio simple dan sedap
Reviewed by Amar Razali
on
Januari 26, 2020
Rating:
Mudah ja kan. Senang sangat nak buat 😍
BalasPadamNak cuba juga lah. Sangat simple!
BalasPadamdulu pertama kali akak cuba buat aglio olio nih akak tambah udang, tapi bagi akak bawang putih, olive oil dan cili flakes tu dah jadikan bau dah rasa dia yang sedap...
BalasPadamlepas dah tau resepi ni memang segala jenis lauk akak pernah cuba, ayam, daging, bebola, sosej... tapi paling best guna udang... cumanya kalau akak masak aglio olio ni tak berapa laku kat rumah tu, si aiyan kata takmo makan mee kosong hehehhe...
nak masak spageti ni...tapi parent tak suka makan...hahaha maka kita berhuhu....
BalasPadambtw follow sini ya!
wow simple je... lelaki pn pandai memasakknn amar.hehehe
BalasPadamhahaha boleh la masak sebab kakak yang bagi resepi :P
PadamWow sedapnya
BalasPadamRajin memasak..
BalasPadamSedap! suka juga makan spagetti aglio e olio ni. Nak masak pun mudah dan cepat.
BalasPadamalamak sedapnya Amar! teringin pulak!
BalasPadamLifestyle Blog | The Grey Lines Between
wow sedapnye....dulu rietta suka carbonara...sekarang suka aglio olio pula...tpi jrng makan n xpernah buat...terima asih resipinya...
BalasPadamPS: kalau nak cuba, biasanya dikedai bahan kek n pasti ada djual, tpi yg dh siap la...xpasti pula jika ada supermarket yang jual...
wahhh.. sedap ni :)
BalasPadamSaya sangat suka masak benda² begini. Selain makanan sihat, mudah dan nampak mewah. Hehe..
BalasPadamSEDAPNYA SPAGETTI BOLEH CUBA RESEPINYA TKSH
BalasPadambanyak2 spaghetti, aglio selalu nya menjadi pilihan sbb simple dan sedap
BalasPadamthat looks super good even though i don't really eat aglio olio. okay x reti nak sebut. my friend would ordered it and we shared it hehe.
BalasPadamtulah ramai yg tak prefer aglio olio sebab tak berperisa macam spaghetti-spaghetti lain
Padamterus lapar niiii
BalasPadamperghhh hebattt! nampak sedap tuu..baru tahu aglio tu maksud dia bawang putih rupanya...
BalasPadamyess, now u know hehe
PadamIt looks super yummy!! I should try this! Thanks for your sharing. <3
BalasPadam