Hai kalian!! Kali ini Amar ingin berkongsi dengan kalian resepi yang sangat sedap dan simple iaitu resepi sambal penyet. Amar memang tak boleh kalau makanan pedas ni, memang favourite. Mesti akan menambah 2, 3 kali walaupun makan nasi kosong dengan ayam goreng je. Pembuka selera betul. Tanpa berlengah kita jom terus ke resepi !!
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
- Lada merah (5 biji)
- Cili padi (10 biji)
- Bawang putih (2 ulas)
- Bawang merah (2 biji)
- Tomato (1 biji)
- Belacan (sedikit, lebih kurang dua cubit je)
- Gula (1 sudu kecil)
- Garam (2 cubit)
- Asam limau (2 biji)
- Minyak masak
Cara penyediaan:
- Goreng lada merah, cili padi, bawang putih, bawah merah, tomato dan belacan dengan sedikit minyak sehingga layu.
- Blender kasar atau tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Tambah asam limau, garam dan gula semasa blender bahan tersebut. Pastikan bahan-bahan tersebut diblender tidak begitu lumat dan sesuai dengan teksture sambal.
- Goreng sekali lagi bahan yang sudah di blender dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak. Kalau nak tahu dia masak tak, tengok warna dia macam gelap-gelap sikit masak lah tu.
- Sambal penyet sudah siap dimasak dan boleh dihidangkan. Kalau makan sambal dengan timun batang krup krap pun sedap. Fuhh berpeluh-peluh makan.
Selamat mencuba !!
Resepi sambal penyet umi Amar
Reviewed by Amar Razali
on
April 21, 2020
Rating:
i like sambal kicap and sambal buah
BalasPadamSedap 👍😊
BalasPadamsedapnye makan dengan nasi panas panas
BalasPadamUihh nampak sedap tu.. mkn ngan nasik pun cam cara jerk ni..
BalasPadamSedapnya... dah lama tak buat
BalasPadamFulamak terbaik...dah meleleh air liur nih. Bawu taw Cara nak buat Sambal nih. TQ Amar sharing
BalasPadamBy the way..done follow you #146
BalasPadamAntara rahsia nasi ayam penyet yang ber ulang2 makan adalah sambal dia. Haaaa
BalasPadamsedapnya sambal ni. Terima kasih untuk resipi. blh cuba nnti..
BalasPadamsedapnya... terliur tgk time2 bulan puasa ni... hehe
BalasPadamdone follow blog ni... :D
Sedaptu..makan dengan nasi kosong panas2 dan telur goreng pun dah cukup. Tq share resepi :)
BalasPadamSedapnyaa. Yang suka pedas pedas mesti suka.
BalasPadamNak cuba. Saya memang kuat pedas. Belum pernah cuba sambal penyet.
BalasPadamAcik selalu buat juga sambal ni, tapi tak letak belacan, tapi ganti dgn ikan bilis je.
BalasPadamAcik follow back ye. Ammar panggil acik ye sbb acik ada anak sebaya ammar.
thank you acik followback. nanti amar boleh try ngan ikan bilis lak, mane tahu lagi sedap 🤤
Padamperghhh
BalasPadamterliur pula tengok
try la tak rugiii :)
Padamheheheh
Padamitulah
nampak sedap jer