Jom Jelajah Pekan Banting


Phew,penat tul hari ni haihh
Hari ni aku pergi teroka keindahan dan keunikan pekan banting mak aih
Ni dah kira trip second aku ke pekan banting sbb sebelum ni aku dah pernah pergi dah tapi sorang je,kali ni aku bawak geng sekali
Tambang dari kolej aku rm8 tapi disebabkan pakcik uber bagi discount code so kitorang just bayar rm3 ,sukalateww hahaha

Yeah tak aku nafikan pekan banting takdelah maju sangat macam KL tapi haaa dengar dulu
Kalau pasal pengangkutan  pekan banting ni memang ada .Ada stesen bas kat sini so kalau korang nak gerak gi keluar masuk bandar memang mudah la.Kalau grab ngan uber pun YES IT'S AVAILABLE HERE

Nak cerita pasal kedai makan fuhh,kalau aku taip kat sini memang lebur la jari aku sebab kedai kat sini berlambak.KFC ada dua kot kat sini,MCD pun ada ,pizzahut pun ada ,demino's pizza pun ada,big apple ada apa lagi yang aku tak sebut,kalu yang tak suka fastfood please la jangan risau sebab kedai makan tepi jalan pun penuh.Nak mudah cakap,kau sedia jer duit makanan terus terhidang atas meja :P


Masa kat KFC semua benda nak order tapi last-last makan seketul ayam pun dah rasa kenyang.Membazir betul tapi apakan daya dah sebulan terkurung lam kolej nak jugak rasa benda-benda gini :')


Dari segi kemudahan kewangan kat sini aku bagi 9/10.Semua jenis bank ada kat sini,maybank,bsn,bank rakyat,you name it they have it .Aku bagi 9/10 sebab masa aku pergi mesin CDM dekat bsn,mesin tu rosak pulak dah,nak dijadikan cerita,tak dapat lah aku nak bank in duit.Kalau aku yang pegang semua duit ,habislah semua duit convert jadi makanan.


Fuyooo cinema bro,best kan ? Cinema kat sini lebih kepada cerita-cerita india tapi ada je hollywood movies kat sini.Masa kat sini,kitorang tonton movie War Of The Planet Of  The Apes,nanti aku tulis review movie ni ehh.


To be honest ,that's the first movie that I ever watch in the cinema.Ye sebelum ni aku memang tak pernah pergi cinema.OMG,I still didn't believe that 18 tahun is my first date aku menjejakkan kaki ke cinema and my first movie was this!! *jakun* tapi jangan risau,takde lah aku nak gi tulis post baru pasal cinema pulak kat sini.

Ok next is shopping complex,... TADDAA


The Store lah tempat untuk memenuhi permintaan semua pelajar-pelajar kolej.Bertabahlah,kat sini takde mall besar-besar.Kalau nak shopping baju baru apa sila meninggal . Maksud aku,kalau nak shopping baju gi lah naik bas gi shopping complex yang besar-besar kat selangor tu.Tapi nak shopping kat sini pun tak salah ea.Kalau pasal kedai buku,aku tak jumpa lagi kat sini,mungkin ada lah tu kat mana-mana 'KOT'.

Then,bila dah sebut pasal bangunan banyak jadi banyak lah korang kena jalan,sebab jarak takde lah dekat sangat tapi still mampu untuk jalan kaki.Kalau yang jenis kurang stamina ni ,tempah la uber untuk elak jalan 100meter hahahha.Cuaca kat sini agak panas,so dinasihatkan pakai lah topi atau pelindung UV untuk elak kulit korang terbakar,kepada yang tak suka jaga kulit redah je terus ,panas pun panas lah ,asalkan sampai :D .

So,aku simpulkan kalau korang nak datang sini datanglah sebab tempat ni memang boleh cakap complete lah untuk memenuhi semua hasrat anda.I think that's all for today,nak menaip pun dah letih.

Cau Lu ,Assalam.

*Isyk acah model pulak dia ni

Jom Jelajah Pekan Banting Jom Jelajah Pekan Banting Reviewed by Amar Razali on July 30, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.