Monday, 16 October 2017

Resepi Sambal Ikan Rebus Mangga Muda (Putik Pauh)

Sekarang ni cuti,so bila kat rumah ada lah masa nak jenguk-jenguk blog ni tapi bukan selalu.Banyak aktiviti nak try and cuba kat rumah cuma masa je mengizinkan ke tidak."Masa ada tapi kena cari".Tu lah,bila rasa rajin nak buat kita buat ,bila malas semua benda pun tak siap.Sampai kat Kelantan ni banyak betul makanan yang amar rasa mengidam nak makan.Kebetulan kakak ipar bawak balik pauh putik (mangga muda) ,terliur rasa nak makan sambal ikan rebus mangga muda a.k.a putik pauh ngan nasi panas fuhh terliur terus rasa.Walaupun sebelum tu dah makan dah pun tapi amar dengan mak amar buat la jugak benda yang anak dia nak makan.Jadi disini tak salah kalau amar nak berkongsi resepi yang enak ni.


Bahan-bahan:
  • Ikan Selayang Rebus  4-5 ekor
  • Mangga muda 4-5 biji (pastikan betul-betul tak masak ya)
  • Lada burung (sebanyak mana anda suka)
  • Garam 
  • Gula
Cara-cara:
  1. Kupas kulit buah mangga hingga licin dan cincang mangga seperti gambar diatas.
  2. Rebus ikan selayang secukup rasa hingga masak dan biarkan sejuk buat sementara.
  3. Asingkan isi ikan rebus dan tulang ikan rebus dan tumbuk hingga separa lumat menggunakan lengsung.
  4. Kemudian tumbuk buah mangga yang dicincang tadi dan lada (tak perlu potong) hingga separa lumat
  5. Kemudian masukkan ikan rebus bersama mangga tersebut dan teruskan menumbuk 
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa dan tumbuk lagi sekali
  7. Masukkan bahan tadi kedalam pinggan dan makanan anda sudah siap dihidangkan.
  8. Makan bersama nasi panas untuk rasa yang lebih memuaskan
Mudahkan resepi kali ni,moga anda menikmati hidangan ni dan komen jika anda rasa hidangan ini boleh diperbaiki lagi menjadi lebih sedap.Jangan lupa untuk resepi ni di facebook agar sedara-mara/rakan-rakan anda boleh mencuba resepi ni di rumah.

BANTU SAYA DENGAN HANYA KLIK LINK DIBAWAH:

Sunday, 8 October 2017

Keindahan Pantai Morib di Banting


"Tempat apa yang menarik nak dilawat di Banting eh ?", jika anda sendiri yang mengajukan soalan ni,maka anda berada di tempat yang betul.Maka mari teruskan membaca hingga ke hujung.

Actually banyak tempat menarik untuk dilawat di banting,antaranya ialah Pantai Morib,Pantai Kelanang,Gold Coast Morib Resort,Pantai Tanjung Rhu,Pulau Carey,Bukit Jugra,Kerepek Banting,Paragliding Bukit Jugra,Perahu Layar di Kg.Bukit Batu,Paya Indah Wetlands,Ladang Teh Boh Cheeding,Masjid Istana,Balai Cerap Bukit Jugra,Muzium Tapak.

Wah banyak betul tempat menarik yang dilawat tapi aku just nak fokuskan tajuk ni untuk PANTAI MORIB je.Kenapa apa Pantai Morib je ? Sebab aku dah pernah melawat ke Pantai Morib dan aku dah rasai sendiri keindahan tempat tersebut then takkanlah aku nak cerita benda yang aku belum buat,jadi sembang kosong lah jawabnya.Lagipun Pantai Morib ada tempat yang wajib kunjungi sebelum melawat tempat-tempat lain di atas.Masa aku pergi tu hujung minggu (ahad) ,so ramai sangat orang kat sana.Boleh dikatakan tempat ni boleh dijadikan short-getaway untuk orang yang stress dan penat bekerja di hari minggu.




Nah ammekaw ramai sangat orang kat sini,jenuh jugak lah nak cari tempat parking kereta.Kena pusing dua tiga kali baru dapat tempat parking yang sesuai.Tempat ni juga sesuai untuk berkelah,anda digalakkan untuk membawa tikar dan bekalan.Bolehlah kunyah nugget sambil tengok pantai sambil muka ditiup lembut oleh bayu,kan best gittew.Tapi kalau anda tak minat makan atas rumput pun ,ada banyak restorant/tempat makan kat sini .Jadi tak perlu risau lah kalau lupa bawak makanan kan,tapi lagi best kalau makan makanan dari rumah kan.So i ate at one of the restaurant here and the dishes was very delicious.Pekena nasi goreng cili padi dengan air kelapa memang menyengat di tengahari,while my sister ordered laksa penang and it was very delicious too.


Lalu je kat restorant ni,tiba-tiba ada server datang ajak untuk duduk makan sambil promot makanan '"ABC ada,nasi goreng ada,laksa ada" ,masa tu memang kitorang tengah cari tempat makan pun sebab belum makan dari pagi.Kitaorang pun duduk lah makan kat sini,pandai taktik kau cari pelanggan ye pakcik.But we end up ,makanan kat sini sangat sedap and recommended kalau nak makan kat sini.



Lepas mengisi ruangan kosong di perut,then kitorang pun pergi berjalan jalan untuk jalan-jalan.Tempat ni agak happening sebab ada orang jual aiskrim,ada badut yang buat belon,ada belon buih,layang-layang dan macam-macam lagi.Kalau sampai kat sini,memang banyak aktiviti yang anda boleh buat selain dari berkelah.Sesuai juga kalau anda datang sini semata-mata untuk ambil gambar dan post di instagram hehehe.


Kat sini ada sidewalk,jadi kalau anda just nak tengok permandangan je and tak nak basah kena air,so korang boleh lepak sini sambil hirup udara segar okay .


Kalau tengok dari jauh ,pasir tu nampak macam lumpur tapi bila pergi dekat pasir tu adalah pasir biasa je.Kat sini ada banyak ketam,bila anda pegi dekat dengan pasir,anda akan nampak anak-anak ketam melarikan diri dari anda dan masuk kedalam pasir.Comel betul nampak



Pantai masa aku datang tu panas gila,nampak gambar kat atas tu pun dah tahu bertapa panasnya tempat tu.Tak boleh duduk bawah panas lama-lama nanti terbakar kulit kang susah nak pulihkan balik.Tapi for the sake untuk ambik gambar,nevermind lah panas pun kejap tapi serious lepas siap ambik gambar tu badan perpeluh-peluh and muka pun berminyak.So kalau nak datang,datanglah petang sikit ye,masa tengah redup-redup untuk pengalaman yang lebih menarik ya.Permandangan kat sini memang nice,air pantai pun nampak biru-biru sama macam warna langit.



Selain tu,kat sini pun ada banyak gerai khemah,ada jual macam-macam and we did buy rojak buah here which is my favourite.Kuah dia sedap gila,sebab dia letak kacang.Harga RM3 nak cakap banyak,tak lah banyak sangat tapi okay je.Ingat nak suruh dia letak buah jambu,nenas dengan mempelam je tapi tengok-tengok dia dah campur siap-siap.Last-last dapat rasa sengkuang je banyak lam ni.Sekuang murah ke sekarang?. Barangan-barangan macam keychain ,beg,baju pun ada kat sini.Boleh lah dibeli jika nak bagi dekat orang lain or dijadikan sebagai kenangan.Harga kat sini biasa je,takde lah harga cekik darah pun dan sesuai dengan tempat.



Last from me,jika anda masih ragu-ragu untuk datang sini,jangan fikir panjang,datang je sini sebab tempat ni sangat berbaloi untuk anda pergi dan luangkan masa bersama yang tersayang.
Kalau korang dah pernah datang sini atau pernah datang sini,tinggalkan lah komen tentang pengalaman anda di Pantai Morib untuk rujukan semua ,let me know your 2 cent.








Friday, 22 September 2017

RESEPI PERAPAN DAGING BBQ SEDAP DAN SIMPLE



Yeah,sebulan lepas raya aidiladha, banyak betul stok daging dalam peti sejuk. so my family use some of the ‘dagings’ to make daging bbq yang cucuk-cucuk lidi.So kali ni amar akan berkongsi resepi perapan daging bbq yang tersangat sedap and that’s why you’re here reading this post.Walaupun lama dah lepas raya haji namun amar baru bersempatan untuk share this you all guys so i hope you enjoy this.

Ramuan untuk 2kg perapan daging                 
1)Setengah paket sos lada hitam segera 500gram
2)Bahan perasa garam gula
3)1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
4)Bawang putih yg dicincang halus    
5)Bawang besar dipotong dadu
6)Chilli flakes 2 sudu besar

Simple kan,so korang kena perap bahan -bahan ni dalam peti ais selama semalam and it should look like this




Lepas korang siap perap then its time to cucuk-cucuk the BBQ,bahan yang korang perlukan:
1)Lidi
2)Tomato Ceri
3)Bawang Besar
4)Lada bengala kalau boleh warna warni ya
5)Timun jepun sebab nak bagi ranggup sikit


For those yang tak kenal tomato ceri so macam ni lah rupa dia



Dalam penapis ni ada timun jepun dan lada bengala hijau dengan kuning,kalau ada warna merah sekali lagi mengancam



Teknik untuk cucuk BBQ dengan betul
Korang jangan ingat nak masak je ada cara,tapi nak cucuk bbq pun kena ada skill tau ,k gurau jap .Taklah kalau boleh kalau nak cucuk bbq tu jangan la main bedal je,cucuk la ikut susunan baru nampak ada seni ,contoh nya macam ni


  •  bawah sekali letak daging tau,jangan letak bawang pulak nanti hangus kan
  • second layer letak la bawang atau lada bengala then diikuti dengan daging pulak,pandai pandai lah korang bergilir antara bawang dgn lada ya
  • lepas letak daging last tu,letak tomato,serious sedap makan lepas siap bakar tomato tu jadi juicy sangat ,tomato diletakkan di atas sebab taknak bagi masak sangat sebenarnya
  •  last sekali letaklah timun ,supaya tomato yang anda cucuk tadi tak mudah tergelincir keluar dari lidi


Hasil lepas penat lelah ikut step tadi:



Then prepare arang dan sedia untuk bakar,take note that aku tak tulis pulak tutorial untuk hidupkan api okay .



OMG THIS BBQ LOOKS SO BEAUTIFUL AND SEXY,kecur pulak air liur masa tulis ni



Lepas siap then it’s time to eat



I hope you guys enjoy this as much as I enjoyed it ~
Big thanks for my sister for preparing this recipe for me and today is her bithday 22/9/2017.Semoga panjang umur dan murah rezeki ye kak.