Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan!


Hai semua kali ni Amar nak join kontest yang dianjurkan oleh rakan blogger throughmyglasseskacamata.blogspot.com . Perasan tak perasan rupanya hari ni dah hari last dah untuk join contest tapi nasib baik teringat untuk check bookmark. Kalau sempat lagi korang bolehlah turut serta untuk memeriahkan/memenangi(kalau bertuah) dengan mengelik banner yang dilekatkan di atas.

Pada pendapat Amar, semua item yang dikeluarkan oleh PSan sangat menarik namun item yang berjaya menarik perhatian Amar berkali-kali ialah DRAGON AMONG CHICKS.


I mean like seriously design ni sangat lawa selain daripada penggunaan warna menarik, hasil artwork sangat unik dan kreatif kerana meletakkan telur naga diantara telur-telur ayam. Bulatan dibelakang pula seolah-olah matahari yang berwarna merah dan sangat masuk dengan tema yang boleh dikatakan wild.

Amar rasa item ini wajar untuk dihadiahkan kepada Amar kerana Amar tidak mempunyai beg tote yang personalised dan lawa. Bila pergi mana-mana asyik bawak beg galas je sangat membosankan. Kalau ade beg tote mudah la nak pergi library ke, discussion ke, just bawak je beg ni tak perlu nak pikul-pikul. Tambahan pula dengan design yang lawa macam ni, lagi la rasa nak tayang kat semua orang yang Amar ade beg tote yang cool.

Dua orang blogger yang Amar nak tag dalam kontest ni ialah blogger Norhidana dan blogger Rabiatul Adawiyah . Terima kasih sebab selalu datang melawat and komen post-post Amar. Kalau sempat and ada masa jemputlah join contest ni. Sekian saja postingan Amar kali ini, harap Amar dah penuhkan semua syarat-syarat pertandingan.
Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan! Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan! Reviewed by Amar Razali on April 15, 2020 Rating: 5

11 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.