6 MAKANAN PENYEBAB JERAWAT YANG HARUS DIHINDARI




Memang tak dinafikan,penampilan diri amatlah penting bagi seseorang remaja apatah lagi orang dewasa.Kulit yang licin akan membuatkan diri kita berasa lebih yakin untuk mendekati orang ramai dan bersosial dengan mereka.Namun,pada saat tumbesaran kita giat berlangsung,jerawat-jerawat akan mula timbul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.Memicit jerawat akan membuatkan jerawat kita bertambah teruk malah akan meninggalkan parut.Mencegah lebih baik dari pada merawat.Oleh itu,terdapat lima makanan penyebab jerawat yang harus kita hindari.

1.KACANG

Rasa kacang amatlah lazat dimakan kosong dan sering digunakan dalam pembuatan makanan seperti mentega kacang,digunakkan dalam coklat seperti NIPS dan sering juga dimasukkan dalam rojak buah.Agak sedih bagi penggemar kacang kerana kacang merupakan salah satu penyebab jerawat.Kacang mengandungi lemak omega-6.Omega-6 bagus untuk kesihatan namun jika diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan keradagan dan mengakibatkan jerawat.Sukar untuk mengambil lemak omega-6 secara sedikit kerana dalam dua sudu mentega kacang ia mengandungi 16g lemak, 50% daripadanya adalah mono-tidaktepu, 19% tepu, tetapi 31% adalah tidak tepu .


2.COKLAT

Coklat merupakan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.Kandungan lemak yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran sebum yang mengakibatkan tindak balas kerandangan dalam badan yang merupakan jerawat.Jika anda masih mahukan coklat,cuba tukar kepada coklat gelap berbanding dari coklat putih atau coklat susu.

3.TENUSU

Susu lembu juga boleh menyebabkan keradangan.Hormon dalam susu akan bertindak balas dengan totesteron dalam tubuh anda.Ia akan meningkatkan pengeluaran sebum dalam kulit anda dan liang-liang anda akan tersumbat dengan bahan berminyak.Namun bukan semua jenis produk tenusu boleh menyebabkan jerawat.Susu dan aiskrim telah dikenal pasti sebagai punca jerawat akan tetapi bukan bagi yogurt dan keju.


4.GULA

Ya betul,kandungan gula yang berlebihan dalam makanan akan menyebabkan liang-liang di muka anda akan menjadi lebih besar dan jelas kelihatan.Kurangkan gula dalam makanan bukan sahaja dapat membantu kulit anda malah dapat menghindari anda daripada penyakit yang berbahaya seperti diabetes dan lain-lain.


5.MAKANAN PEDAS

Makanan pedas akan meningkatkan suhu badan anda dan menjadikan anda berpeluh pasir(peminat makanan pedas tahu situasi ini).Peluh tersebut akan menyebabkan minyak keluar daripada kulit,dimana minyak tersebut merupakan minyak yang menjerat kotoran serta bakteria yang menyebabkan jerawat.

6.MAKANAN SEGERA

Makanan segera mengandungi banyak gris serta minyak berlemak tebal.Kuantiti minyak yang banyak dalam makanan tersebuy tidak boleh dipecahkan oleh badan anda.Jadi lebihan tersebut akan keluar melalui liang kulit anda dan terhasilah jerawat.

KONKLUSI
Secara ringkasnya ,setiap makanan mempunyai bahan kimia masing-masing.Namun menjadi tanggungjawab kita untuk mengawal kuantiti setiap kelas makanan yang diambil oleh badan kita.Oleh itu,pantaulah pemakanan anda untuk mendapatkan kulit yang licin dan kesihatan yang baik.Janganlah kita terlalu obses dengan rupa paras kita sehingga sanggup menggangu kitaran pemakanan hidup kita demi membuatkan orang lain menjadi senang dengan kita.Ingat tujuan hidup kita adalah bukan untuk memuaskan hati orang lain.



6 MAKANAN PENYEBAB JERAWAT YANG HARUS DIHINDARI 6 MAKANAN PENYEBAB JERAWAT YANG HARUS DIHINDARI Reviewed by Amar Razali on November 23, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.