Resepi Sambal Ikan Rebus Mangga Muda (Putik Pauh)

Sekarang ni cuti,so bila kat rumah ada lah masa nak jenguk-jenguk blog ni tapi bukan selalu.Banyak aktiviti nak try and cuba kat rumah cuma masa je mengizinkan ke tidak."Masa ada tapi kena cari".Tu lah,bila rasa rajin nak buat kita buat ,bila malas semua benda pun tak siap.Sampai kat Kelantan ni banyak betul makanan yang amar rasa mengidam nak makan.Kebetulan kakak ipar bawak balik pauh putik (mangga muda) ,terliur rasa nak makan sambal ikan rebus mangga muda a.k.a putik pauh ngan nasi panas fuhh terliur terus rasa.Walaupun sebelum tu dah makan dah pun tapi amar dengan mak amar buat la jugak benda yang anak dia nak makan.Jadi disini tak salah kalau amar nak berkongsi resepi yang enak ni.


Bahan-bahan:
  • Ikan Selayang Rebus  4-5 ekor
  • Mangga muda 4-5 biji (pastikan betul-betul tak masak ya)
  • Lada burung (sebanyak mana anda suka)
  • Garam 
  • Gula
Cara-cara:
  1. Kupas kulit buah mangga hingga licin dan cincang mangga seperti gambar diatas.
  2. Rebus ikan selayang secukup rasa hingga masak dan biarkan sejuk buat sementara.
  3. Asingkan isi ikan rebus dan tulang ikan rebus dan tumbuk hingga separa lumat menggunakan lengsung.
  4. Kemudian tumbuk buah mangga yang dicincang tadi dan lada (tak perlu potong) hingga separa lumat
  5. Kemudian masukkan ikan rebus bersama mangga tersebut dan teruskan menumbuk 
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa dan tumbuk lagi sekali
  7. Masukkan bahan tadi kedalam pinggan dan makanan anda sudah siap dihidangkan.
  8. Makan bersama nasi panas untuk rasa yang lebih memuaskan
Mudahkan resepi kali ni,moga anda menikmati hidangan ni dan komen jika anda rasa hidangan ini boleh diperbaiki lagi menjadi lebih sedap.Jangan lupa untuk resepi ni di facebook agar sedara-mara/rakan-rakan anda boleh mencuba resepi ni di rumah.


Resepi Sambal Ikan Rebus Mangga Muda (Putik Pauh) Resepi Sambal Ikan Rebus Mangga Muda (Putik Pauh) Reviewed by Amar Razali on Oktober 16, 2017 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Actually ni 1st time GV tahu resepi niey. Kelihatan amat lazat sekali. :D

    BalasPadam
  2. Tak pernah rasa.mungkin lps ni boleh cuba resepi nih.

    BalasPadam
  3. Nmpk sedap la cam x pernh mkn je nie

    BalasPadam
  4. ya Allah sedapnya. meleleh terliur ni. dahlaa favorit saya ni

    BalasPadam
  5. https://madey09.blogspot.my/
    done follow ya dek

    BalasPadam
  6. first time tahu resepi ni.. adoi.. terliur sudah..

    BalasPadam
  7. sangat sedap.. ma peberettt arghhh.. sekian terima kasih.. huh.. :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.