Monday, 16 October 2017

Resepi Sambal Ikan Rebus Mangga Muda (Putik Pauh)

Sekarang ni cuti,so bila kat rumah ada lah masa nak jenguk-jenguk blog ni tapi bukan selalu.Banyak aktiviti nak try and cuba kat rumah cuma masa je mengizinkan ke tidak."Masa ada tapi kena cari".Tu lah,bila rasa rajin nak buat kita buat ,bila malas semua benda pun tak siap.Sampai kat Kelantan ni banyak betul makanan yang amar rasa mengidam nak makan.Kebetulan kakak ipar bawak balik pauh putik (mangga muda) ,terliur rasa nak makan sambal ikan rebus mangga muda a.k.a putik pauh ngan nasi panas fuhh terliur terus rasa.Walaupun sebelum tu dah makan dah pun tapi amar dengan mak amar buat la jugak benda yang anak dia nak makan.Jadi disini tak salah kalau amar nak berkongsi resepi yang enak ni.


Bahan-bahan:
  • Ikan Selayang Rebus  4-5 ekor
  • Mangga muda 4-5 biji (pastikan betul-betul tak masak ya)
  • Lada burung (sebanyak mana anda suka)
  • Garam 
  • Gula
Cara-cara:
  1. Kupas kulit buah mangga hingga licin dan cincang mangga seperti gambar diatas.
  2. Rebus ikan selayang secukup rasa hingga masak dan biarkan sejuk buat sementara.
  3. Asingkan isi ikan rebus dan tulang ikan rebus dan tumbuk hingga separa lumat menggunakan lengsung.
  4. Kemudian tumbuk buah mangga yang dicincang tadi dan lada (tak perlu potong) hingga separa lumat
  5. Kemudian masukkan ikan rebus bersama mangga tersebut dan teruskan menumbuk 
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa dan tumbuk lagi sekali
  7. Masukkan bahan tadi kedalam pinggan dan makanan anda sudah siap dihidangkan.
  8. Makan bersama nasi panas untuk rasa yang lebih memuaskan
Mudahkan resepi kali ni,moga anda menikmati hidangan ni dan komen jika anda rasa hidangan ini boleh diperbaiki lagi menjadi lebih sedap.Jangan lupa untuk resepi ni di facebook agar sedara-mara/rakan-rakan anda boleh mencuba resepi ni di rumah.

BANTU SAYA DENGAN HANYA KLIK LINK DIBAWAH:

Sunday, 8 October 2017

Keindahan Pantai Morib di Banting


"Tempat apa yang menarik nak dilawat di Banting eh ?", jika anda sendiri yang mengajukan soalan ni,maka anda berada di tempat yang betul.Maka mari teruskan membaca hingga ke hujung.

Actually banyak tempat menarik untuk dilawat di banting,antaranya ialah Pantai Morib,Pantai Kelanang,Gold Coast Morib Resort,Pantai Tanjung Rhu,Pulau Carey,Bukit Jugra,Kerepek Banting,Paragliding Bukit Jugra,Perahu Layar di Kg.Bukit Batu,Paya Indah Wetlands,Ladang Teh Boh Cheeding,Masjid Istana,Balai Cerap Bukit Jugra,Muzium Tapak.

Wah banyak betul tempat menarik yang dilawat tapi aku just nak fokuskan tajuk ni untuk PANTAI MORIB je.Kenapa apa Pantai Morib je ? Sebab aku dah pernah melawat ke Pantai Morib dan aku dah rasai sendiri keindahan tempat tersebut then takkanlah aku nak cerita benda yang aku belum buat,jadi sembang kosong lah jawabnya.Lagipun Pantai Morib ada tempat yang wajib kunjungi sebelum melawat tempat-tempat lain di atas.Masa aku pergi tu hujung minggu (ahad) ,so ramai sangat orang kat sana.Boleh dikatakan tempat ni boleh dijadikan short-getaway untuk orang yang stress dan penat bekerja di hari minggu.




Nah ammekaw ramai sangat orang kat sini,jenuh jugak lah nak cari tempat parking kereta.Kena pusing dua tiga kali baru dapat tempat parking yang sesuai.Tempat ni juga sesuai untuk berkelah,anda digalakkan untuk membawa tikar dan bekalan.Bolehlah kunyah nugget sambil tengok pantai sambil muka ditiup lembut oleh bayu,kan best gittew.Tapi kalau anda tak minat makan atas rumput pun ,ada banyak restorant/tempat makan kat sini .Jadi tak perlu risau lah kalau lupa bawak makanan kan,tapi lagi best kalau makan makanan dari rumah kan.So i ate at one of the restaurant here and the dishes was very delicious.Pekena nasi goreng cili padi dengan air kelapa memang menyengat di tengahari,while my sister ordered laksa penang and it was very delicious too.


Lalu je kat restorant ni,tiba-tiba ada server datang ajak untuk duduk makan sambil promot makanan '"ABC ada,nasi goreng ada,laksa ada" ,masa tu memang kitorang tengah cari tempat makan pun sebab belum makan dari pagi.Kitaorang pun duduk lah makan kat sini,pandai taktik kau cari pelanggan ye pakcik.But we end up ,makanan kat sini sangat sedap and recommended kalau nak makan kat sini.



Lepas mengisi ruangan kosong di perut,then kitorang pun pergi berjalan jalan untuk jalan-jalan.Tempat ni agak happening sebab ada orang jual aiskrim,ada badut yang buat belon,ada belon buih,layang-layang dan macam-macam lagi.Kalau sampai kat sini,memang banyak aktiviti yang anda boleh buat selain dari berkelah.Sesuai juga kalau anda datang sini semata-mata untuk ambil gambar dan post di instagram hehehe.


Kat sini ada sidewalk,jadi kalau anda just nak tengok permandangan je and tak nak basah kena air,so korang boleh lepak sini sambil hirup udara segar okay .


Kalau tengok dari jauh ,pasir tu nampak macam lumpur tapi bila pergi dekat pasir tu adalah pasir biasa je.Kat sini ada banyak ketam,bila anda pegi dekat dengan pasir,anda akan nampak anak-anak ketam melarikan diri dari anda dan masuk kedalam pasir.Comel betul nampak



Pantai masa aku datang tu panas gila,nampak gambar kat atas tu pun dah tahu bertapa panasnya tempat tu.Tak boleh duduk bawah panas lama-lama nanti terbakar kulit kang susah nak pulihkan balik.Tapi for the sake untuk ambik gambar,nevermind lah panas pun kejap tapi serious lepas siap ambik gambar tu badan perpeluh-peluh and muka pun berminyak.So kalau nak datang,datanglah petang sikit ye,masa tengah redup-redup untuk pengalaman yang lebih menarik ya.Permandangan kat sini memang nice,air pantai pun nampak biru-biru sama macam warna langit.



Selain tu,kat sini pun ada banyak gerai khemah,ada jual macam-macam and we did buy rojak buah here which is my favourite.Kuah dia sedap gila,sebab dia letak kacang.Harga RM3 nak cakap banyak,tak lah banyak sangat tapi okay je.Ingat nak suruh dia letak buah jambu,nenas dengan mempelam je tapi tengok-tengok dia dah campur siap-siap.Last-last dapat rasa sengkuang je banyak lam ni.Sekuang murah ke sekarang?. Barangan-barangan macam keychain ,beg,baju pun ada kat sini.Boleh lah dibeli jika nak bagi dekat orang lain or dijadikan sebagai kenangan.Harga kat sini biasa je,takde lah harga cekik darah pun dan sesuai dengan tempat.



Last from me,jika anda masih ragu-ragu untuk datang sini,jangan fikir panjang,datang je sini sebab tempat ni sangat berbaloi untuk anda pergi dan luangkan masa bersama yang tersayang.
Kalau korang dah pernah datang sini atau pernah datang sini,tinggalkan lah komen tentang pengalaman anda di Pantai Morib untuk rujukan semua ,let me know your 2 cent.








Friday, 22 September 2017

RESEPI PERAPAN DAGING BBQ SEDAP DAN SIMPLE



Yeah,sebulan lepas raya aidiladha, banyak betul stok daging dalam peti sejuk. so my family use some of the ‘dagings’ to make daging bbq yang cucuk-cucuk lidi.So kali ni amar akan berkongsi resepi perapan daging bbq yang tersangat sedap and that’s why you’re here reading this post.Walaupun lama dah lepas raya haji namun amar baru bersempatan untuk share this you all guys so i hope you enjoy this.

Ramuan untuk 2kg perapan daging                 
1)Setengah paket sos lada hitam segera 500gram
2)Bahan perasa garam gula
3)1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
4)Bawang putih yg dicincang halus    
5)Bawang besar dipotong dadu
6)Chilli flakes 2 sudu besar

Simple kan,so korang kena perap bahan -bahan ni dalam peti ais selama semalam and it should look like this




Lepas korang siap perap then its time to cucuk-cucuk the BBQ,bahan yang korang perlukan:
1)Lidi
2)Tomato Ceri
3)Bawang Besar
4)Lada bengala kalau boleh warna warni ya
5)Timun jepun sebab nak bagi ranggup sikit


For those yang tak kenal tomato ceri so macam ni lah rupa dia



Dalam penapis ni ada timun jepun dan lada bengala hijau dengan kuning,kalau ada warna merah sekali lagi mengancam



Teknik untuk cucuk BBQ dengan betul
Korang jangan ingat nak masak je ada cara,tapi nak cucuk bbq pun kena ada skill tau ,k gurau jap .Taklah kalau boleh kalau nak cucuk bbq tu jangan la main bedal je,cucuk la ikut susunan baru nampak ada seni ,contoh nya macam ni


  •  bawah sekali letak daging tau,jangan letak bawang pulak nanti hangus kan
  • second layer letak la bawang atau lada bengala then diikuti dengan daging pulak,pandai pandai lah korang bergilir antara bawang dgn lada ya
  • lepas letak daging last tu,letak tomato,serious sedap makan lepas siap bakar tomato tu jadi juicy sangat ,tomato diletakkan di atas sebab taknak bagi masak sangat sebenarnya
  •  last sekali letaklah timun ,supaya tomato yang anda cucuk tadi tak mudah tergelincir keluar dari lidi


Hasil lepas penat lelah ikut step tadi:



Then prepare arang dan sedia untuk bakar,take note that aku tak tulis pulak tutorial untuk hidupkan api okay .



OMG THIS BBQ LOOKS SO BEAUTIFUL AND SEXY,kecur pulak air liur masa tulis ni



Lepas siap then it’s time to eat



I hope you guys enjoy this as much as I enjoyed it ~
Big thanks for my sister for preparing this recipe for me and today is her bithday 22/9/2017.Semoga panjang umur dan murah rezeki ye kak.

Saturday, 9 September 2017

Kek Slice Segera yang Sangat Sedap

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.Segala kos pembelian makanan,produk dan lain-lain dibeli menggunakan duit sendiri.Ini merupakan review yang paling jujur dan ikhlas dari hati nurani yang pernah anda baca.Tajaan PapaMama mungkin termasuk dalam pembelian.

Baru-baru ni amar ada pergi koperasi untuk apa pun tak tahu,mungkin lapar agaknya.Kat koperasi tu ada banyak rak untuk letak makanan,dijadikan cerita maka berpusinglah amar satu koperasi untuk survey makanan .Tiba-tiba mata amar tertumpu pada rak yang disusun dengan pelbagai jenis roti.Terpandang satu paket kek yang gebu lagi menawan cukup menarik perhatian amar untuk mendekatinya.So ni lah gerangan kek tersebut

JENG JENG JENG!

SLICE CAKE KELUARAN TOP BAKER

To be honest,kek slice ni tersangat lah sedap.Teksture kek ni sangatlah lembut.Masa gigit kek ni,rasa macam gigit bantal (ok,nampak sangat menipunya).Tapi betul kek ni sangat lembut disamping rasanya yang lazat yang dapat memikat lidah hingga turun ke tangan sampai amar sanggup tulis review khas untuk kek ni.Disamping tu, rasanya juga harum dan wangi sampai amar terbeli dua bungkus.Harga pun boleh dikatakan sangat murah pada zaman sekarang sebab banyak je orang jual kek sampai RM3.50 sekeping like seriously? Dengan harga serendah RM0.90 anda boleh dapatkan kek dengan pembungkus yang cantik dan senang dibawa kemana-mana.Kalau lupa untuk breakfast pun,letak je benda ni dalam beg and bila sampai tempat kerja/kelas boleh makan.Then rasa kenyang sampai separuh hari.Kek ni kalau tengok kat pembungkusnya didatangkan dengan empat jenis berlainan iaitu :
  • Fruit cake
  • Chocolate cake
  • Pandan cake 
  • Butter cake
Masa amar beli amar just nampak satu jenis je and amar pasti sangat yang amar beli adalah fruit cake sebab ada banyak buah-buahan kat dalam.Asyik cakap pasal positive je ,tapi ade je benda yang amar tak suka pasal kek ni


URGHH I REALLY ANNOYED WITH THIS

The only thing that i dont like about this cake sebab buah-buahan dia terletak kat tempat yang sama macam buah dia tu tak rata dekat seluruh kek.Benda ni buat amar tak makan bahagian tu sebab rasa cuak jugak makan benda tu kosong dengan takde kek.So,kalau korang nak beli benda ni,pastikan buah-buahan dia tu rata dekat seluruh kek okay nanti membazir pulak macam amar.But the overall of this cake is sangat sedap and highly recommend if korang terasa nak makan kek slice.Here I provide some photos of this cake untuk tatapan awam.



Betulkan kek ni sangat gebu dan cantik <3





That's all from me,SEKIAN.

REVIEW MEMBELI BELAH DI CHILINDO

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.Segala kos pembelian makanan,produk dan lain-lain dibeli menggunakan duit sendiri.Ini merupakan review yang paling jujur dan ikhlas dari hati nurani yang pernah anda baca.Tajaan PapaMama mungkin termasuk dalam pembelian.


Setelah melihat beberapa iklan mengenai Chilindo di beberapa laman sosial seperti facebook dan instagram,tiba-tiba Amar rasa tertarik untuk mencuba laman membeli belah secara bidaan itu.Jadi disini,Amar cuba untuk berkongsi pengalaman di laman membeli belah tersebut. Amar berharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sebelum membeli belah di laman tersebut dan selamat meneruskan pembacaan anda J

First impression bila Amar masuk Chillindo Amar rasa teruja sangat.Yelah,siapa tak teruja sebab dapat membida start dari RM0.10 kan.Barang kat sana kebanyakan barang-barang biasa jer.Takde lah dia nak jual barang macam sofa ke benda-benda besar macam TV pun takde yang.Pasal barang tu Amar rasa korang boleh check sendiri ya.Amar ni peminat barangan gadget.So,Amar bertungkus-lumus nak dapat barang dengan harga terbaik terpaksalah cuba banyak kali bidaan sampai dapat jugak barang Amar nak.



Antara barangan yang Amar beli ialah:
1.Travel bantal: Dark Blue
2.POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
3.Tripod untuk Kamera
4.Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
5.Konverter Micro-USB ke Lightning
6.Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu

Ya,tu je barang yang amar beli,just enam barang je.Nak beli banyak sangat takut membazir pulak sebab barang yang amar beli tu pun dah pelik-pelik.Nak beli sikit sangat pun membazir jugak sebab shipping cost RM8.Lepas membuat pilihan barang,barangan-barangan di atas berjumlah RM32.64 termasuk postage.



Nak cerita masa membida,punya lah lama amar try sebab nak dapat harga murah kan hehe.Amar bukan bida dalam masa sehari ni,tapi berhari-hari bila ada je leisure time terus bukak phone and bermulalah perperangan bida.Based on pemerhatian masa Amar bida,Amar dapat rasa yang pembidaan ni bukan je manusia je yang terlibat malah komputer (bots) pun terlibat sama.Korang faham tak ayat amar tu,maksud amar macam ni.Contoh amar bida neck pillow tu dengan harga RM0.50.Memang konfem amar takkan dapat barang tu dengan harga RM0.50 walaupun membida pada pukul 3 pagi sekalipun.Akan muncul lah pembida nama siam lah apalah,nama pelik-pelik pastu nama sama pulak tu.Memang amar rasa dah ada had harga minumum untuk  sesuatu barang,yang diwujudkan oleh kompeni Chillindo sendiri,supaya kita rasa kita membida dengan manusia ;’( hmm sedihkan.

The next is let go to the kualiti barang pulak,
Sebut je harga murah,hang takpayah nak menangis lah kalau barang yang baru anda beli dah patah atau rosak.Tapi harga tak melambangkan kualiti ya.Mungkin ada je barang yang murah dan berkualiti.Amar akan buat review semua barangan yang Amar beli di Chillindo berdasarkan apa yang berlaku.


1..Tripod untuk Kamera
Masa amar nak beli benda ni,punyalah amar ingat benda ni besar sangat and berat.Tapi bila test je,pfttt,pendek je rupanya benda ni walaupun dah extend.Kalau nak betul-betul tinggi korang kena letak atas meja  ya.Benda lain pasal tripod ni okay je,ketinggian je yang tak okay.


2.POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
Kalau anda masih tak tahu pop socket tu apa.Anda boleh baca artikel dibawah dulu


Ok,So far,walaupun benda ni RM1.87 inc.gst jer.Tapi benda ni agak berkualiti sebab amar dah cabut dari belakang phone sebanyak tiga kali tapi masih boleh melekat dengan sempura.


3.Travel bantal: Dark Blue
Amar pun tak tahu kenapa Amar beli benda ni,mungkin sebab nak cukupkan troli taknak bagi membazir sangat je kot.Sampai je barang ni,Amar tiup guna mulut sebab takde pump.Pakai jarang-jarang sekali sebab amar tak suka sangat benda ni dan tak perlu.



4.Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu
Benda ni amar sangkut kat tepi katil sebab tempat cas phone amar jauh sikit je daripda katil.Balik je kelas amar akan sangkut phone amar kat sini and sambung charger.Bila rehat atas katil jadi mudah lah sebab pandang je tepi terus boleh nampak phone tengah cas tergantung tepi katil.Benda ni boleh ganti meja lah kiranya kan.


5.Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
Amar beli benda ni sebab amar suka rekod video diri amar sendiri bercakap-cakap.Acah macam youtuber lah.Rekod je tapi tak publish pun sebab still tengah practice.Pasal benda ni,sebab kerap sangat guna and betulkan kaki dia.Benda ni dah patah tapi still boleh baiki lagi tapi beberapa lama kemudian patah balik.Nasib beli dua tripod kan.Amar suka sangat yang ni sebab saiz kecil dan boleh gantung kat mana-mana.


6.Konverter Micro-USB ke Lightning
Beli benda ni sebab ingat mudah boleh selit dalam walet and kalau terlupa bawak charger iphone boleh je guna benda ni kat mana-mana kabel samsung.Biasanya kabel samsung banyak bersepah kat mana-mana kan.Bila tengok balik port kat dalam benda ni

*UPDATE* benda ni dah rosak time amar nak guna


What quality of plastic they put in this thing.Nasib murah dan tak rosak kalau tak komplain banyak dah.Still tak pernah guna benda ni,sebab takde situasi kecemasan pun atau memang benda ni takkan berguna sampai bila-bila.:P

For the conclusion,I think tak lah teruk sangat beli barang kat sini kalau korang pandai pilih barang dengan harga yang bersesuaian.Korang boleh try lah lepas try beli barangan kat sini and jangan lupa kongsi pengalaman anda dekat ruang komen kat bawah.

I think thats all for today review,lain kali amar akan tulis review untuk shopping shopping site yang lain kalau anda masih ragu-ragu nak beli barang kat sana.


Friday, 8 September 2017

APA ITU POPSOCKET , FUNGSI SERTA KEGUNAANNYA

Gambar diatas bukannya meja tapi ia adalah POPSOCKET yang anda cari

Tak dapat disangkal,masih ramai yang tak tahu apa itu popsocket.Bila aku pasang popsocket kat belakang phone aku ,ramai yang tertanya-tanya.

'wei,apa benda kat belakang phone kau tu?' ,

Jadi kenalah aku terangkan kat korang semua agar korang semua tahu kewujudan popsocket lam dunia ni dan of course popsocket ni ditampal di belakang smartphone anda.Korang mungkin nampak popsocket besar namun ianya boleh dibuka dan ditutup


Bukan tu je tapi ramai artis-artis diluar negara yang menggunakan popsocket.Oleh sebab itu,so i got mine here:


Yang aku punya biasa-biasa je,takde lah lawa sangat and ada corak bagai.Popsocket ini bukan saja-saja je untuk letak kat phone sebagai hiasan bak kata pepatah,diam-diam ubi berisi .Malah,ia mempunyai banyak fungsi tersendiri untuk memudahkan pengguna smartphone.Antaranya:


Haa,banyakkan fungsi dia,bukan tu je,kalau korang kenal dan guna apps musical.ly .Ramai antara muser (pengguna-pengguna musical.ly) tersebut yang guna popsocket untuk buat musical.ly sebab lagi senang nak grip supaya phone tak jatuh dari tangan anda


Dari segi harga,korang mungkin nampak benda ni mahal.Ya, yang betul-betul ori memang mahal tapi
korang boleh dapatkan serendah RM3 je online.Korang survey lah mana-mana,kebanyakkan harga basic kat lazada RM15 gitue kalau korang berminat.Aku punya harga RM1.87 inc.gst sebab tu nampak ala kadar je.


Saturday, 26 August 2017

REVIEW MCDONALDS SPICY KOREAN BURGER

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.Segala kos pembelian makanan,produk dan lain-lain dibeli menggunakan duit sendiri.Ini merupakan review yang paling jujur dan ikhlas dari hati nurani yang pernah anda baca.Tajaan PapaMama mungkin termasuk dalam pembelian.


Hi people i'm back YO ! Kali ni amar rasa tergerak hati untuk start tulis mengenai review barangan yang amar pernah cuba.So,untuk tajuk kali ni,amar akan tulis mengenai burger McDonalds yang masih panas iaitu Spicy Korean Burger a.k.a burger charcoal (arang batu).Burger ni didatangkan sekali dengan crisp criss-cut chips untuk menggantikan french fries dan satu cup air coke.

First impression amar pasal benda ni tetiba amar terbayangkan kartun spongebob yang mr.krab gi keluarkan burger sponge warna kuning sampai semua orang tukar jadi warna kuning.

(sorry but spongebob is my most favourite cartoon hihi)

Ok!Back to the topic,burger ni sangat sesuai untuk peminat makanan pedas sebab the burger is TOTALLY SPICY dan bila makan burger ni,akan keluar lah bunyi hiss dari mulut sebab bahang nya agak terasa di lidah.Tapi bagi amar yang memang peminat tegar makanan pedas,amar bagi 3 out of 5 star untuk kepedasannya sebab for me ,ramen samyang tu lagi pedas and pedas burger ni lebih kurang dengan pedas Ayam Goreng McDonalds.Amar actually pergi makanan benda alah ni dengan dua orang kawan amar,one of them macam tak suka sangat dan takboleh burger ni sebab dia cakap rasa dia pelik, so amar boleh simpulkan bukan semua orang suka rasa burger hitam ni.


Bagi kentang baru tu,sejujurnya amar memang tak suka sangat dengan kentang tu sebab ianya terlalu ranggup macam amar tak dapat betul-betul rasa kentang tu sendiri and amar lebih prefer french fries je.Pasal air coke,amar tak nak ulas panjang-panjang sebab rasa air coke samanya je kat mana-mana pun.So,for the full set amar bagi 3 out 5 star jugak sebab impression amar pada benda ni lagi tinggi pada mulanya.

Harga set biasa kentang ni is about RM16 and its actually worth to try this food sebab belum rasa belum tahu kan.Then benda ni pun seasonal je kan ,bukan selalu ada kat McD tu.Mungkin korang boleh cakap lidah amar menipu tapi apa kata korang try sendiri benda ni.Then catit pendapat korang dekat ruang komen kat bawah tu

FYI,we had the burger for our lunch masa outing at McDonalds Pekan Banting.
#sajanakbagitahu #salahke #takdekaitan #HAHAHA

Akhir Kata, GOOD BYE ADIOS :)

Saturday, 12 August 2017

Outing Ke Aeon Bukit Tinggi Klang


Hey yo whatsup guys,baru-baru ni korang pergi lepak dekat Aeon Bukit Tinggi wohoo !
So this is the place,takdelah besar sangat but it is enough for us untuk jalan-jalan sambil buang masa hihi.Yeah,distance kolej to aeon take about 45 minutes,kitorang naik grab harga rm30 ,mahal ke idok?

Kitorang tunggu kat stesen bas punya lah lama,ingat nak naik bas selangor yang free tu ,tapi tak sampai-sampai pulak .Memang tak rancang pun nak gi aeon mall tapi dah ada ramai orang kat stesen bas,kitorang bedal terus grab peggy aeon.Hajat asal nak makan korean spicy burger kat mcdonald banting je,apakan daya kat aeon pun ada mcD :P


Sampai aeon,kitorang gi topup duit masuk wallet jurp then gi window shopping satu aeon.Kalau ikut perasaan memang banyak nak beli tapi nafsu lelaki ni ada satu je so still boleh kawal.Jalan lama-lama ofcos la letih,tiba masa yang dinanti untuk kami gi makan pulak.



Arghh,masa nak makan lah benda ni sold out,terpaksa la curang dengan mekdi and gi cari restaurant lain.HA! PADAN MUKA! nak main-main sangat dengan aku ,maka hilanglah sorang loyal customer kau (takpe lain kali aku gi lagi).Dah benda alah tu takde so kitorang makan dekat ....




Texas chicken!!

Not bad,most of us just pesan ala carte and sorang je pesan full set.So apalagi,kitorang just refill air guna cup dia jelah.Nak minum sampai muntah pun boleh.Nampak tak 5 orang lam gambar tu,tapi grab muat 4 je.Nasib baiklah aku ni kecik,boleh la duduk berkepit-kepit sikit.YAY JIMAT BANYAK DUIT.Memang tak dinafikan duit untuk pelajar kolej macam kami memang sentiasa tak cukup.Amalan berjimat cermat memang kena dipraktikkan disini ya,kalau tak hujung bulan makan pasir ataupun nasi kuah air hujan jelah.




Dah isi perut,takkan nak balik dah kot.Takleh ah gitu,banyak energy lagi ni.Outing pun outing jugak tapi jangan lupa niat asal kau datang nak belajar.Then kitorang gi sedapkan hati masuk kedai buku popular.Beli alat tulis sikit , jalan tngok novel pastu blah. Boleh la kill some time kat situ .Nak tngok movie pun tak sempat sebab sebelum pukul 7 dah kena masuk kolej kalau tak matilanak,kena tahan outing next kau xleh keluar.




Aku pun dah takde idea ,eloklah aku melabuhkan tirai dulu  
وعليكم السلام